LOST WEIGHT

NUFNANG

Monday, December 2, 2013

BERITA BAIK UNTUK ANDA!!!!

Semua pengguna-pengguna product usana kini boleh menikmati product usana dgn harga ahli.tiada caj tambahan dikenakan.tiada maintainance diperlukan.hanya perlu borang dari kami. isi da kami daftarkan sebagai pengguna tetap product usana.


Kelebihan menjadi pengguna usana
1. menikmati product kesihatan usana dgnharga lebih murah
2. boleh mengamalkan program diet 5 kg 5 hari mengikut keperluan masing- 
masing tanpa had
3. dapat menjamin kesihatan sekeluarga dgn kos prevention yg murah
4. boleh menggunakan set kecantikan usana dgn kerap dan murah

Jadi apa tunggu lagi.hubungi saya sekarang!!!!peluang terhad

Monday, September 10, 2012

Makanan di hari raya-- TINGGI KOLESTEROL

Apa yang kita makan sepanjang hari raya? biskut raya, ketupat, rendang, ayam, daging, udang, kuah kacang & banyak lagi tapi makanan kita sering mengabaikan kandungan makanan tersebut. ramai juga yang menganggap makanan yang sedikit tidak mungkin mendatangkan keburukkan pada tubuh badan. Namun begitu adakan kita terfikir makanan yang sedikit tetapi pelbagai jenis boleh mendatangkan keburukkan yang besar kepada sistem pencernaan seterusnya mengganggu kestabilan tubuh badan???

  • biskut raya- kandungan: lemak, minyak, telur, gula
  • ketupat- gula yang tinggi (beras)
  • Rendangayam / daging- santan, kolesterol (daging merah yang juga boleh mengaktifkan sel kanser)
  • Udang- kolesterol yang tinggi (juga berbahaya kepada pesakit gout)
  • Kuah kacang- minyak, lemak
  • Air bikarbonat - kandungan gula yang sgt tinggi, juga boleh merosakkan sistem dlm perut
   
   

Ramai yang menganggap penyakit boleh diubati apabila kita mengambil ubat-ubatan yang terdapat di klinik-klinik ataupun hospital, namun begitu adakah sering kita mendengar kandungan ubat-ubatan dikurangkan dos nya kepada dos yang lebih rendah??? hakikatnya itu jarang sekali kita dengar kerana realitinya dos ubat akan terus ditambah kerana ubat bukanlah cara yang terbaik untuk mengatasi masalah penyakit. 

Oleh itu pencegahan dari awal menggunakan produk dari USANA adalah yang terbaik. Dengan kos yang sgt rendah sehingga boleh mencecah RM 1.40sen sehari boleh membantu kita mencegah dari penyakit-penyakit kronik pada hari ini. Bantu diri anda untuk menjadi lebih sihat kerana kos pencegahan adalah jauh lebih murah jika dibandingkan dengaan kos perubatan.

USANA merupakan rangking teratas dalam senarai syarikat rangkaian paling top dunia


Produk USANA yang boleh membantu mencegah pelbagai penyakit kronik

Sunday, June 17, 2012

KESAN GEMUK DAN BANYAK LEMAK BADAN

Lemak boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan. Risiko kesihatan obesiti dibahagi kepada tiga kumpulan besar iaitu mati awal, menjalani kehidupan penuh kesakitan dan kesan psikologi.

A. MATI AWAL (DISEBABKAN PENYAKIT)

- Diabetes.
- Serangan jantung. Paras kolesterol meningkat, terutama kolesterol berbahaya (LDL) dan trigliserid. Pada masa sama paras kolesterol baik (HDL) di kalangan individu obes sangat rendah. Ini sebabnya kini ramai individu semuda 30 tahun boleh mendapat serangan jantung.
- Strok.
- Gangren.
- Tekanan darah tinggi.
- Kanser (orang gemuk berisiko tinggi mendapat kanser usus, esofagus (saluran makanan), payu dara (wanita dan lelaki. Lelaki obes mengalami pembentukan tisu lemak di dada).
- Sindrom apnea tidur (berdengkur kuat, mudah penat, kualiti tidur rendah dan tidur sentiasa terganggu. Mereka juga berisiko mendapat serangan jantung ketika tidur, tekanan darah tinggi, kegagalan jantung dan strok.
- Masalah pernafasan. Ini kerana lemak viseral yang terkumpul mengambil banyak ruang dalam abdomen dan menolak paru-paru. Jadi ruang untuk paru-paru mengembang ketika anda menyedut nafas menjadi sempit.

B. MENJALANI KEHIDUPAN YANG MENYAKITKAN

- Batu pundi hempedu (sakitnya sama seperti sakit melahirkan anak), asid refluks (pedih ulu hati).
- Sakit sendi seperti gout, sakit belakang, sakit lutut dan buku lali serta pergelangan tangan. Sendi lutut dan buku lali sangat kecil untuk menampung berat badan keseluruhan. Sendi ini terpaksa menampung beban berlebihan yang melebihi kemampuannya jika anda obes.
- Inkontinens (hilang keupayaan menahan kencing). Apabila kita menjadi terlalu gemuk, otot terpaksa mengembang dan menyebabkan daya pengecutannya terjejas. Bagi orang obes, bangun daripada duduk, ketawa atau batuk kecil boleh menyebabkan mereka terkencing.
- Kesuburan merosot pada lelaki dan wanita, masalah kitaran haid dan kehamilan banyak masalah. Wanita obes berisiko tinggi dapat kencing manis ketika hamil dan tidak boleh banyak bergerak, terutama waktu sarat.
- Sukar bernafas, pernafasan menjadi pendek dan tercungap-cungap selepas melakukan aktiviti ringan; pernafasan tersekat ketika tidur.
- Vena varikos (urat kaki timbul dan berselirat) menyebabkan sakit kaki.

C. KESAN PSIKOLOGI

- Resah dan gelisah.
- Tertekan dan murung.
- Penurunan berat badan sekecil lima hingga 10 peratus boleh membawa perubahan besar kepada tahap kesihatan seseorang, terutama yang mengalami masalah obesiti. Antaranya ialah:

i Penurunan kadar kematian

# Lebih 20 peratus penurunan jumlah kematian keseluruhan.
# Lebih 30 peratus penurunan kematian akibat penyakit berkaitan diabetis.
# Lebih 40 peratus penurunan kematian akibat kanser yang disebabkan obesiti.

i) Tekanan darah tinggi

# tekanan sistolik menurun 10, tekanan diastolik turun 20. Maknanya jika ketika obes tekanan darah anda 150/98 mmHg, dengan penurunan berat badan lima hingga 10 peratus, tekanan darah boleh berkurang ke 140/78 mmHg.

iii) Diabetis

# Menurunkan 30 hingga 50 peratus paras gula ketika puasa (tidak makan).
# Menurunkan 50 peratus risiko mendapat diabetis.

iv) Kolesterol

# Penurunan 10 peratus jumlah kolesterol keseluruhan.
# Penurunan 15 peratus kolesterol LDL.
# Penurunan 30 peratus trigliserid.
# Peningkatan lapan peratus kolesterol HDL.




Thursday, December 15, 2011

PRODUK TERBAIK, DIET BERKESAN!!


SATU SET PROGRAM DIET LENGKAP

TURUN 5KG DALAM 5 HARI!!

4 ITEM
AO PRO- 84 TABLET (2 BULAN)
CHELATED MINERAL- 84 TABLET (2 BULAN)
PROFLAVANOL- 90 TABLET (2 BULAN)
NUTRIMEAL (STRAWBERRY/ CHOCOLATE/ VANILLA)- 30 SCOOP (5 HARI)

HARGA : RM 550


CIK MARLIANA TURUN 
11 KG SELEPAS 10 HARI!!!
DIA TELAH BERJAYA, ANDA BILA LAGI????
HUBUNGI SY SEKARANG!!!

Tuesday, November 29, 2011

DIABETIS PUNCA SEGALA PENYAKIT KRONIK


Apakah itu diabetes? 
Diabetes adalah salah satu penyakit kronik dimana ianya merupakan masalah yang besar di kebanyakan negara-negara didunia. Di Malaysia satu kajian telah dilakukan pada tahun 1996 dimana di anggarkan 700,000 hingga 900,000 orang dewasa berumur 30 tahun keatas menghidapi diabetes atau terdapat 8 penghidap diabetes bagi setiap 100 orang dewasa. 


Diabetes adalah satu keadaan dimana tahap gula didalam darah anda adalah tinggi dari normal. Ia adalah satu daripada faktor utama untuk mendapat sakit jantung atau angin ahmar. Diabetes berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan. 


Makanan yang kita makan akan bertukar kepada gula dalam badan kita. Insulin akan digunakan untuk membawa gula dalam saluran darah kedalam sel dan tisu, dimana ia akan digunakan untuk bahan bakar. Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa kedalam sel dan tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat. Ini akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk bahan bakar dan juga ini akan merosakkan organ dan tisu yang didedahkan kepada tahap glukosa yang tinggi. 


Tanda-tanda amaran diabetes?
  • Haus/dahaga (haus yang berlebihan)
  • Letih
  • Berat badan menurun
  • Penglihatan kabur
  • Otot lemah
  • Gatal
  • Pengidap penyakit kulit yang berpanjangan
  • Luka yang lambat sembuh
  • Kencing yang kerap
  • Gatal pada bahagian kemaluan
  • Rasa kebas


Berisiko menghidap diabetis
  • Berumur 35 tahun atau lebih tua. Semakin tua semakin tinggi risiko anda untuk menghidapi diabetes
  • Berat badan berlebihan atau obesiti.Semakin berat badan anda bertambah, semakin tinggi risiko anda menghidap diabetes.
  • Latar belakang keluarga yang mempunyai diabetes
  • Sejarah diabetes pada kehamilan terakhir.
  • Sejarah mempunyai bayi yang besar (berat kelahiran adalah 4.0 kg atau lebih ) .
  • Tekanan darah tinggi
  • Tidak aktif -gaya hidup sedentari
  • Faktor pemakanan -Pengambilan makanan berlemak tinggi dan kurang pengambilan makanan berserat
  • Tahap lemak/ kolesterol yang tinggi .

Komplikasi diabetes
Diabetes adalah masalah kronik dan boleh mengganggu banyak organ bergantung kepada kawalan gula dalam darah. Tanpa pengurusan yang betul ianya boleh mendatangkan berbagai komplikasi seperti penyakit kardiovaskular, kegagalan buah pinggang, buta dan kerosakan saraf. 


Kandungan gula dalam darah tinggi yang berpanjangan ( Kronik)
Ini menyebabkan kerosakan jangka panjang:
Mata- Katarak, pendarahan dalam mata dan menyebabkan buta
Saraf- Kebas atau kehilangan deria rasa pada tangan dan kaki dimana pesakit boleh mendapat kecederaan tanpa disedari. Ini boleh menyebabkan luka pada kaki dan gangrene
Otak- Angin ahmar (hubung dengan strok)
Buah pinggang- kegagalan buah pinggang
Jantung- Sakit jantung
Pencegahan Diabetes
  • Mengawal pengambilan makanan
    • Mengambil makanan seimbang kerana pengambilan makanan berlebihan akan meninggikan tahap gula dalam darah
    • Makan makanan berkhasiat dapat membantu mengawal tahap gula dalam darah, mengekalkan berat badan, mengawal paras kolesterol, mengurangkan tekanan darah tinggi dan mencegah penyakit jantung.
  • Melakukan senaman fizikal
    • Senaman dapat mengurangkan kandungan gula dalam darah dan membantu insulin bekerja dengan lebih berkesan. Senaman juga dapat membantu anda mengurangkan berat badan.
    • Senaman dapat memperbaiki kecergasan, membakar kalori. Oleh itu dapat mengurangkan lemak dalam badan dan mengawal berat badan anda. Senaman merendahkan kadar gula dalam darah dan membantu tubuh anda untuk menggunakan gula dalam darah dengan baik.
  • Kekalkan berat badan unggul (BMI)
    • Kajian menunjukkan obesiti mempunyai hubungkait dengan diabetes. Kekalkan berat badan yang unggul



  




 sumber: http://www.infosihat.gov.my

Tuesday, November 8, 2011

PROMOSI PROGRAM DIET TERBAIK DUNIA!!!

KINI PEK PERCUBAAN 5HARI 5 KG DENGAN 

HARGA TERMURAH!!!


 DIJAMIN 100% BERKESAN!!

DAPATKAN SEGERA!!

Wednesday, November 2, 2011

KEPENTINGAN ANTIOKSIDAN DALAM TUBUH BADAN!!!


SAINTIS percaya, kehadiran radikal bebas boleh mengancam kesihatan dan menjadi penyebab utama kepada pelbagai masalah kronik. Malah, kehadiran radikal bebas juga sering menjadi kebimbangan kerana ia dikatakan boleh mempercepatkan proses penuaan dan meningkatkan risiko penyakit seperti jantung, strok, kencing manis, artritis dan kanser!!!

Saintis juga menganggarkan lebih 10,000 radikal bebas menyerang sel badan kita setiap hari. Radikal bebas ialah atom atau molekul yang sangat aktif dan tidak stabil kerana mempunyai satu elektron tidak berpasangan dalam strukturnya. Untuk menjadi stabil, atom atau molekul ini perlu mendapatkan satu elektron. Caranya ialah dengan mencuri satu elektron daripada molekul lain dan molekul ini pula akan menjadiradikal bebas kerana ia tidak lagi stabil. 

Bagi mengembalikan kestabilannya, molekul kedua ini akan mencuri elektron daripada molekul lain dan proses ini akhirnya akan membentuk rantaian radikal bebas. Rantaian reaksi spontan ini akan menyebabkan kerosakan fungsi sel dan boleh membawa kepada kematian awal sel berkenaan. Dari mana datangnya radikal bebas ini? Radikal bebas dikenal pasti berpunca daripada beberapa sumber:

  • Makanan tidak sihat — Makanan berlemak, bergoreng dan hangus (seperti kepingan hitam pada sate atau ikan bakar)
  • Minuman beralkohol.
  • Rokok — Sebatang rokok dikatakan membebaskan 3 trilion radikal bebas ke dalam sistem peredaran darah.
  • Tekanan/stress — Semua bahan kimia dan sesetengah hormon endokrin menghasilkan radikalbebas.
  • Bahan kimia/ toksik di dalam udara (seperti racun serangga).
  • Sinaran ultra ungu.
  • Pencemaran alam sekitar- air, udara

Penghasilan radikal bebas berlaku sepanjang masa dan ia sukar dikawal. Bagi mengimbangi kemusnahan sel akibat serangan radikal bebas ini, ramai penyelidik, terutama dalam bidang kesihatan dan kecantikan, berlumba-lumba mencipta barangan mengandungi antioksidan. 

Antioksidan adalah bahan yang dikenal pasti dapat menghapus atau melemahkan radikalbebas dengan mendermakan satu elektron atau mendermakan satu elektron kepada radikalbebas. Inilah caranya antioksidan bertindak menstabilkan radikal bebas, sekali gus melindungi kerosakan sel badan. Antioksidan boleh ditemui dalam beratus bahan semula jadi, terutama sayur-sayuran dan buah-buahan. 

Pigmen yang memberi warna kepada sayur dan buah yang secara umumnya dipanggil fitokimia inilah sumber antioksidan terbaik. Inilah sebabnya kita disaran mengambil lima hingga sembilan hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan setiap hari. 

Bagaimanapun, dalam keadaan hidup kita hari ini, saranan pakar pemakanan itu sukar diamalkan. Apatah dengan kaedah penyediaan makanan yang kurang baik, bahan antioksidan boleh hilang begitu saja.
*dipetik dari Harian Metro,
oleh Norlaila Hamima Jamaluddin


USANA MAMPU MEMBANTU ANDA!!!

MEMPUNYAI PENOKOK ZAT TERBAIK DUNIA YANG DIKENALI SEBAGAI 
ESSENTIAL (MINERAL & ANTIOKSIDAN)


PENOKOK ZAT YANG TELAH MEMENANGI ANUGERAH BEST BRAND SELAMA 
5 TAHUN BERTURUT-TURUT!!


PEMAKANAN SIHAT YANG DIAMALKAN OLEH 

DIIKTIRAF OLEH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA DAN 
DISENARAIKAN DALAM BUKU PANDUAN DOKTOR-DOKTOR DI MALAYSIA

SIJIL HALAL YANG DIKELUARKAN OLEH IFANCA:

KEPUTUSAN DITANGAN ANDA UNTUK MEMILIH PRODUK TERBAIK UNTUK JAMINAN KUALITI DIRI & KELUARGA ANDA